"Aku telah pun sedaya..tak melukai hatimu..mungkin sudah suratan hidupku..kasih yang lama terjalin..berderai bagaikan kaca..oh teman maafkanlah diriku.."
Subhanallah..indahnya nikmat berukhwah.Ia hadir dengan sendiri.tanpa dipaksa tanpa diminta.Syukur ya Allah atas nikmat yang Kau berikan padaku.Terasa pantas masa berlalu.Sayu diri ini menghitung hari-hari yang akan berlalu.Berat hati ini ingin berpisah bersama-sama sahabat yang byk membantu diri ini dalam mencari erti hidup yang hakiki.Benarlah kata-kata yg sering diri ini dengar;"indahny mereka yang berukhuwah."
Saat ini,tika aku merasakan nikmat ukhuwah itu,aku benar-benar merasai kenikmatannya..Sayunya ya Allah..beratnya diri ini ingin berpisah dengan mereka. Allahuakbar!Aku sayangkan mereka..bertemu kami keranaMu,berpisah kami jua keranaMu..Yakinlah sahabatku,biarpun kita akan menemui detik perpisahan,yakinlah bahawa Allah pasti menemukan kita semula.Andainya bukan di dunia ini,pasti di syurga yang abadi.
Peliharalah akhlakmu sahabatku..Perjuangkan dirimu untuk mencari keredhaanNya..Perjuangkan dirimu demi agama dan cintaNya.Moga setiap detik dalam langkah hidupmu sentiasa di bawah rahmatNya..Aku pasti merindui segala yang pernah kita lalui bersama..Maafkan diriku atas segala kekurangan dalam diriku ini..Terima kasih kerana sudi menjadi sahabatku.Aku doakan agar ukhuwah kita kekal hingga ke syurga.Ameen..
No comments:
Post a Comment