snowball

Wednesday, January 18, 2012

it's ALL about BANANA !!!

ALHAMDULILLAH

Masih diberi kekuatan oleh Allah untuk menulis pada hari ini. Esok dh berangkat ke dusun dah. hehe
Alhamdulillah, tangan masih elok. Mata masih boleh melihat, telinga masih boleh mendengar.

ALHAMDULILLAH


BISMILLAHIRAHMANIRAHIM
ikhlaskan niatmu,

Hari ni cume nak berkongsi tentang pisang.
hehe
Pisang ini sangat bermakna buat kami2...
Terlalu banyak maknanyer....



























Sekian saje drpd berita pisang...
Smoga bertemu lagi pada masa akan datang ya!



nukilan  yg  punya  hati  kecil,
bintang.....

Monday, January 9, 2012

JOM MENDENGAR dan MELIHAT !!!



ALHAMDULILLAH


Baru selesai menjawab exam untuk paper yg ke-4 pada petang tadi.... Walaupun ada yg tak tau nak jawab, at least, Allah dah bantu saya untuk jawab soalan2 yang lain tadi..

ALHAMDULILLAH





Hari ini saya berkongsi video je. Mungkin dah ada yang tengok video ni kot. 
Saya ambil dekat youtube je.
Kalau belum pun takpe, jom tengok dulu.

Lepas tengok, muhasabah diri kita.
Kemampuan diri kita macam mane?
Mungkin kita tak boleh jadi macam adik tu, tapi ada banyak lagi cara untuk kita capai objektif yang sama dengan umat Islam yang lain.

Ayuh mujahid dan mujahidah sekalian.
MARALAH  KEHADAPAN !

Sunday, January 8, 2012

:: PUJIAN ::

ALHAMDULILLAH

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana masih memberi kita peluang untuk menambah amalan - amalan kebaikan di dunia. Dunia sepatutnya merupakan ladang akhirat untuk kita yg bergelar umat Islam.
( dipetik drpd buku Apa Ertinya Saya Menganut Islam, karangan Fathi Yakan). 

~ ALHAMDULILLAH ~



sila klik pada gambar untuk lihat dgn lebih jelas... =)


Hari ini ada tajuk baru pula nak dikongsikan bersama kalian semua. PUJIAN. 
Mula - mula nak bg intro dulu sikit. Ehem ehem.....


Setiap manusia yang punya hati dan perasaan pasti suka terhadap pujian kan?
Pujian itu tidak salah, tapi perlu ada batas-batasnya. Ye lah, hidup di dunia ini perlu ada batas. InsyaAllah, baru hidup bersistematik. Hati mana yang tidak berkehendak pada pujian, cuba anda tanya diri anda sendiri.
Diri ni pun mengaku yang hati juga kadang-kadang inginkan pujian.


ANTARA AKIBAT PUJIAN :

 1) Orang yang dipuji berkemungkinan akan berasa ujub (bangga diri).
 2) Orang yang dipuji akan tenggelam dalam kegembiraan. 
          *menyebabkan dia lalai pada dunia.


InsyaAllah, setakat ni, cuma 2 isi sahaja. 

Seterusnya, ingin sekali saya sampaikan pada kalian bahawa, Rasulullah sendiri menegaskan pada kita untuk tidak selalu memuji orang. Hal ini kerana, terdapat beberapa hadis yang mengenainya.


Pertama : 

"kalau ada seorang itu yang membawa pisau, kemudian dia terus pergi membunuh orang lain, maka, itu lebih baik daripada memuji orang yang boleh membawa kebinasaan pada orang yg dipuji."


Baiklah, hadis ini sendiri menyatakan bahawa memuji orang dengan sengaja adalah tidak boleh. Malah lebih buruk jika dibandingkan dengan orang yang membunuh itu. Elakkan memuji orang tanpa sebab- musabab yang kukuh.


Kedua : 

" Kalau anda melihat orang yang suka memuji orang, maka lumurkanlah tanah (debu,selut) pada muka mereka. "




OK. Keterangan pada ayat 'lumurkanlah tanah (debu,selut) pada muka mereka.' . Ayat ini bermaksud 'jangan kamu bagi apa-apa yang disukai mereka kepada mereka'. Hal ini kerana, ada sesetengah mereka ini memuji kerana ingin sesuatu benda yang ada pada orang yg dipuji. Oleh itu, jangan kamu bagi apa-apa yang mereka inginkan itu.


TETAPI.................


ISLAM ITU INDAH.....


Ada beberapa kelonggaran dalam bab pujian ini. Haaa.... Jangan risau, bukan semua orang kita tidak boleh puji tau. Islam itu tidak membebankan umatnya. 


ANTARA KELONGGARAN YANG DIBERI :


1) Pujian antara suami dan isteri.
2) Pujian antara ahli keluarga dalam keadaan gurauan. 
    cth ( dialog ) : 
 bapa saudara: wah! sedap nyer masakan emak kamu minah. Emak kamu memang hebat lah dalam bab2     memasak ni.


minah : oh, ye ka? hehe... betul2...=)


emak : ye la tuh... setakat masak ayam gulai ni je pun... ape klas la sangat kan... =)


*hal ini kerana, pujian dalam keluarga dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama ahli keluarga. =)


3) Pujian guru kepada murid-murid.
    *sama ada sekolah rendah mahupun sekolah menengah TAPI, mesti ingat, jaga ayat kamu ya.... Kalau sekolah menengah, mesti berhati-hati sikit.
    *sebab ada student yang 'terlebih' matang dalam kelas itu.... hehe =) 






Emmm..... setakat ni, tu je yang saya tau.... Kalau ada apa-apa nak tambah ke, nak komen ke, silalah ke ruangan komen ya.... Sama-sama berkongsi.... sharing is caring... =)

OK lah.... time for study right now actually... hehe...melelong sat.... 
Mintak Maaf pada sume pembaca dan pungunjung blog ini...

p/s : sumber drpd pegawai agama daerah Kubang Pasu melalui radio KEDAH FM.

WALLAHU'ALAM 

nukilan  yg  punya  hati  kecil,
bintang.....

Saturday, January 7, 2012

coretan HATI~

ALHAMDULILLAH

subahanallah.... hari ini aku masih bernyawa seperti manusia2 lain.
nafas aku masih lancar keluar dan masuk ke dalam hati jantung aku.

ALHAMDULILLAH




BISMILLAHIRAHMANIRAHIM




ya Allah, ampunkan dosa2 aku ya Allah.
Kuatkan semangat aku ya Allah.
Berilah aku sedikit harapan untuk menggapai CINTA-MU.

Tatkala hati kecilku berkata,
aku sedih ya Allah,
tidak pernah walau sekali,
hati kecilku mengatakan yang dia sihat,
dia selalu sakit ya Allah,
kasihanilah hati kecilku ini.

Di saat suara ibu dan ayah kedengaran,
hati kecilku berbisik lagi,
apa yang aku dh buat untuk mereka,
ape keadaan mereka sekarang,
namun, mata kasarku tak mampu melihat,
cuma telinga pinjaman Allah yang mampu,
mampu memberi jawapan,
mendengar suara2 mereka pun dah cukup buat aku.

Tapi....
di kala aku sedang solat,
aku terfikir akan-Mu ya Allah,
aku sering lalai dalam solat,
dan aku cube untuk bangkit semula,
bangkit drpd jatuh,
sebab,
aku tau,
Engkau tidak suka pada hamba-Mu,
yang suka berputus asa.

ya Allah,
sesungguhnya,
hanya pada-Mu aku memohon segalanya,
memohon segala yang baik,
meminta,
merayu,
mengadu,
kerana aku tau,
Engkaulah sebaik-baik sandaran,
Engkaulah sebaik-baik penolong.

TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH !


Betapa sukarnya untuk seseorang hamba untuk menggapai CINTA-MU.
Banyak dugaan dan ujian yang bakal ditempuh yang telah Allah janjikan.
Bukan senang wahai saudara2ku sekalian, bukan senang,
Amat payah, kerana CINTA ALLAH itu sangat indah berbanding CINTA MANUSIA.

UHIBBUKI FILLAH YA SAHABAT !




nukilan  yg  punya  hati  kecil,
bintang.....

Friday, January 6, 2012

Kahwin AWAL

ALHAMDULILLAH


Sekarang hampir detik 12 malam, 
mata pinjaman Allah masih belum tertutup.
 Dan jari-jemari masih ingin menaip di sini. 
Kurniaan Allah, masih sempurna. 


~ALHAMDULILLAH~




BISMILLAHIRAHMANIRAHIM
* fahami makna basmalah *

Kali ini cume nak berkongsi satu blog yang boleh kite ambil bnyk iktibar drpd situ.
 Nama blog tu ialah
Bile baca blog ni, rase mcm, ntah laa.... 
Tak boleh nk describe mcm mane perasaan mase tu.
 hee... 

Sangat2 digalakkan untuk kamu2 sume membacanyer...
 Tak rugi walau sedikit pun malah bertambah ilmunyer... 
Ape2 pun,
 nak mintak maaf lagi kepada sume2 pembaca.



*gambar hiasan semata-mata.......
(ya Allah, sempatkah ak bergelar seorang isteri.....)


Terima kasih sebab sudi datang melawat dan membaca isi kandungan blog ni ya. SYUKRON JIDDAN.


SELAMAT MEMBACA ! 
=)

nukilan  yg  punya  hati  kecil,
bintang.....



Thursday, January 5, 2012

antara JIN, SYAITAN dan IBLIS....

ALHAMDULILLAH

Sampai saat ini, detik ini, Allah Maha Pemurah, masih kurniakan pada aku nikmat islam, iman, jemaah.
Nikmat udara untuk aku bernafas dan bernyawa. 
Nikmat kesihatan fizikal untuk aku pergi ke dewan peperiksaan dgn lancar.

~ALHAMDULILLAH~

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM

Selepas mendapat sedikit ilmu drpd sahabat2 yg lain,
yg Allah pinjamkan pada hamba-Nya,
ak di sini nak berkongsi dgn kamu2 sume.....


JIN
Jin merupakan satu kaum atau golongan yang mana, 
mereka juga merupakan makhluk ciptaan Allah. 
Ada antara mereka yg baik dan ada juga yg krg baik.
 Kaum jin ni juga mempunyai rasul-rasul mereka sendiri.
Sama juga dengan kaum Manusia. 
Cuma asal-usul kejadian kita yang berbeza.


buktinya, ada dalam surah Al-An'am...... cepat-cepat, ambil al-Quran dan buka m/s 144 sekarang...
maknanya berbunyi begini : 

Pertama

"Wahai golongan jin dan manusia! Bukankah sudah datang kepadamu rasul-rasul dari kalanganmu sendiri, mereka menyampaikan ayat-ayat-Ku kepadamu dan memperingatkanmu tentang pertemuan pada hari ini?....."
(surah Al-An'am, ayat 130)

Kedua

"Dan sesungguhnya di antara kami(jin) ada yang soleh dan ada pula kebalikannya. Kami menempuh jalan yg berbeda-beda."
(surah Al-Jinn, ayat 11)

Ketiga

"Dan di antara kami(jin) ada yang Islam dan ada yang menyimpang dari kebenaran. Siapa yang Islam. maka mereka itu telah memilih jalan yang lurus."
(surah Al-Jinn, ayat 14)

Haaa.... percaya x? dah ada buktikan...

IBLIS
Iblis juga merupakan makhluk Allah yg sangat taat pada perintah Allah.
 Iblis adalah salah satu golongan jin itu sendiri. 
Iblis merupakan golongan yg plg taat pada Allah jika dibandingkan dengan para malaikat pada suatu ketika dahulu.
 Iblis dijadikan drpa api yg sangat panas.
 Tetapi sayang sekali,
 kerana satu perkara sahaja, 
iblis menjadi sebaliknya. 
Perkara itu adalah tatkala Allah memerintah semua makhluk untuk sujud pada nabi Adam,
 namun
iblis enggan kerana iblis takabbur
Iblis mengatakan bahawa,
 mereka lebih mulia drpd nabi Adam,
 mereka dijadikan drpd api yg sangat panas.
 Hanya kerana itu,
 iblis dikeluarkan dr syurga bersama-sama nabi Adam. 
Sujud yg dimaksudkan di sini merujuk kepada menghormati bukan sujud dalam solat. 


SYAITAN
Baiklah, sekarang dh sampai tajuk syaitan. 
Jangan rasa takut atau gerun ya, kita hanya perlu takut pada Allah, Yang Satu. ALLAHUAKBAR! Jom teruskan membaca.
 OK, Sebenarnya,
 syaitan ini hanyalah sekadar gelaran sahaja,
 bukanlah suatu makhluk lain ciptaan Allah.
 Gelaran syaitan ini membawa maksud mana-mana makhluk yg menghasut atau menggoda anak Adam untuk berbuat kejahatan dan kemungkaran kepada Allah. 
Take note di sini yer.... YANG MENGHASUT DAN MENGGODA.... 
Oleh sebab golongan iblis telah meminta kebenaran drpd Allah untk menghasut dan menggoda anak Adam, 
maka,
 golongan iblis telah mendapat gelaran tersebut.
 Jadi, senang kata, 
barang sesiapa sahaja yg menghasut dan menggoda anak Adam,
 tidak kiralah mereka dr golongan manusia sekalipun,
 mereka merupakan syaitan. 
Mungkin kasar bahasa ni, tapi itulah hakikatnya.

 Kalau nak sebut bodoh, nampak mcm kasarkan? 
Tapi, kita sebut krg pandai. 
Tak ke sama je maknanya? 
Macam2 perangai ada kat dunia ni.


Emm, jadi, adakah anda semua dah faham tentang tajuk ni? Kalau ada kemusykilan, boleh komen kat bawah ye... Atau rujuk pada yang lebih pakar... Ustaz, Ustazah, Ahli ulama'.... Tuan Guru Nik Aziz... =)

kalau musykil, tanya ya... nanti rugi... =P


Pesan nabi kita, 'sampaikan walau satu ayat'.....

Sampai sini saje untuk kali ini. Yang mana ada silap, mohon ditegur.
Mintak maaf kepada sume yang sudi membaca cerita ini.

Wallahu'alam.

nukilan  yg  punya  hati  kecil,
bintang.....


Monday, January 2, 2012

Cerita Iblis Laknatullah

ALHAMDULILLAH

Masih diberi nikmat iman,islam,jemaah dan nyawa hingga ke hari ini.
ALHAMDULILLAH 

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM..... 

Suatu hari, iblis pergi berjumpa dengan nabi musa. 
Pertemuan ini adalah semata-mata untuk iblis memohon ampun daripada Allah. 


Sepertimana yg telah kite sume maklum, bahawa iblis adalah golongan yg engkar pada perintah Allah, oleh itu, iblis ingin memohon ampun daripada Allah.


Berkatalah iblis kepada nabi musa. Iblis bertanya tentang bagaimana cara untuk aku bertaubat kepada nabi musa. 
Lalu nabi musa terus bertanya kepada Allah ( Iblis bertanya kepada nabi musa kerana iblis tau bahawa hanya nabi musa yg dikurniakan mukjizat boleh bercakap dengan Allah secara langsung). 
Bertanyalah nabi musa kepada Allah. 
Bagaimana cara yg perlu dilakukan oleh iblis untuk bertaubat ?
 Lalu Allah berfirman, "sujudlah pada kubur nabi adam".







Seterusnya, nabi musa menyampaikan pesanan itu terus kepada iblis.
 Lalu iblis membalas, "sedangkan di syurga, masa hidupnya pun aku tidak pernah sujud pada adam, inikan pula setelah adam mati".
 Begitulah jawapan yg diberikan oleh iblis kepada nabi musa. 


Sungguh angkuh iblis kepada Allah. 
Inilah yg dikatakan takabbur.
 Iblis berasa bahawa, dialah yg plg hebat berbanding nabi adam.
 Sampai sekarang, iblis tidak pernah sujud pada nabi adam.
 Begitu angkuh iblis pada Allah.


Oleh itu, hendaklah kita sebagai hamba Allah yg lemah dan hina ini, membuang sejauh mungkin rasa takabbur dalam diri. 
Jika ada, hendaklah bertaubat dengan segera.
 Allah itu Maha Pengampun. 
InsyaAllah, taubat kita diterima Allah. 
Bersangka baiklah dengan Allah kerana apa yg kita sangka, itulah yg Allah berikan. 



Mohon dijauhkan rasa takabbur itu ya Allah, ya Rahman, ya Rahim... 

semoga kami sentiasa dilindungi oleh Mu, ya Allah...

peliharalah hati kami ya Allah....

jangan Kau bolak-balikkan hati kami ya Allah...

kuatkan iman di hati kami ya Rabbi....

ALLAHUMMA AMIN....





nukilan  yg  punya  hati  kecil,
najihah nasim.....

Sepetang BERSAMA hati kecilku

 ALHAMDULILLAH....... 

Sampai detik ini, Allah masih beri aku nyawa, Allah masih beri aku udara untk bernafas....
 alhamdulillah....

 BISMILLAHIRAHMANIRAHIM....

Pada petang yg dingin dan sunyi ini, aku tetap aku.... 
aku juge berasa dingin seperti cuaca ini....
hati kecilku sakit katenyer...
 hati kecilku remuk bisiknyer...
hati kecilku pedih rasenyer... 
kesian pada hati kecilku...

Hati yg merah, memproses udara segar kurniaan Allah, kdg2 perlu sakit... 
sakitnyer tidak kelihatan...
 kalu nak x-ray pun, tak tau la nampak ke tak...
Kalu nampak, maknenyer, ajal dh panggil dh tu... 
rumah kate pergi, kubur kate mari...

Banyak nikmat Allah yg ak dapat....
Cukup sekadar hati, ak tak mampu nk jage dgn baik....
Apatah lagi yg lain....
 Sedih sungguh rasenyer... 
ya Allah, ampunilah hamba-Mu ini...
 Ak lemah tanpa-MU....
kasihanilah diri ini ya Allah...

semakin hari, semakin hilang semangat...
kenapakah???
ak sendiri pun tak tau kenapa...
macam mane nk perbaiki diri kalu mcm ni ya...
ak perlu seseorang disisi ak...
memberi semangat kepada ak...
sentiasa tegur jika ak silap...
tapi, ak tau....
ak tak layak untk itu...
siapalah ak kalu nk dibandingkan dgn orang lain...
ak hanya mohon pada Allah...
kerana ak tau...
ak tidak pernah keseorangan...
Allah ade bersama hamba-Nya yg sayang pada Dia...


sayang sangatkah ak pada Allah?
hanya Allah saja yg tau sejauh mane sayang ak itu...
hati ini dh jauh sgt2...
jauh....

ya Allah, ak mohon dikurniakan hati yg baru...
hati yg bersih ya Allah...

ak takut neraka-Mu...
ak takut balasan akhirat...
ak takut azab kubur-Mu...
bantulah ak untk jage hati kecil ini ya Allah...

hanya pada-Mu ak dpt meminta....
kerana Engkau adalah sebaik-baik sandaran....