snowball

Sunday, January 8, 2012

:: PUJIAN ::

ALHAMDULILLAH

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana masih memberi kita peluang untuk menambah amalan - amalan kebaikan di dunia. Dunia sepatutnya merupakan ladang akhirat untuk kita yg bergelar umat Islam.
( dipetik drpd buku Apa Ertinya Saya Menganut Islam, karangan Fathi Yakan). 

~ ALHAMDULILLAH ~



sila klik pada gambar untuk lihat dgn lebih jelas... =)


Hari ini ada tajuk baru pula nak dikongsikan bersama kalian semua. PUJIAN. 
Mula - mula nak bg intro dulu sikit. Ehem ehem.....


Setiap manusia yang punya hati dan perasaan pasti suka terhadap pujian kan?
Pujian itu tidak salah, tapi perlu ada batas-batasnya. Ye lah, hidup di dunia ini perlu ada batas. InsyaAllah, baru hidup bersistematik. Hati mana yang tidak berkehendak pada pujian, cuba anda tanya diri anda sendiri.
Diri ni pun mengaku yang hati juga kadang-kadang inginkan pujian.


ANTARA AKIBAT PUJIAN :

 1) Orang yang dipuji berkemungkinan akan berasa ujub (bangga diri).
 2) Orang yang dipuji akan tenggelam dalam kegembiraan. 
          *menyebabkan dia lalai pada dunia.


InsyaAllah, setakat ni, cuma 2 isi sahaja. 

Seterusnya, ingin sekali saya sampaikan pada kalian bahawa, Rasulullah sendiri menegaskan pada kita untuk tidak selalu memuji orang. Hal ini kerana, terdapat beberapa hadis yang mengenainya.


Pertama : 

"kalau ada seorang itu yang membawa pisau, kemudian dia terus pergi membunuh orang lain, maka, itu lebih baik daripada memuji orang yang boleh membawa kebinasaan pada orang yg dipuji."


Baiklah, hadis ini sendiri menyatakan bahawa memuji orang dengan sengaja adalah tidak boleh. Malah lebih buruk jika dibandingkan dengan orang yang membunuh itu. Elakkan memuji orang tanpa sebab- musabab yang kukuh.


Kedua : 

" Kalau anda melihat orang yang suka memuji orang, maka lumurkanlah tanah (debu,selut) pada muka mereka. "




OK. Keterangan pada ayat 'lumurkanlah tanah (debu,selut) pada muka mereka.' . Ayat ini bermaksud 'jangan kamu bagi apa-apa yang disukai mereka kepada mereka'. Hal ini kerana, ada sesetengah mereka ini memuji kerana ingin sesuatu benda yang ada pada orang yg dipuji. Oleh itu, jangan kamu bagi apa-apa yang mereka inginkan itu.


TETAPI.................


ISLAM ITU INDAH.....


Ada beberapa kelonggaran dalam bab pujian ini. Haaa.... Jangan risau, bukan semua orang kita tidak boleh puji tau. Islam itu tidak membebankan umatnya. 


ANTARA KELONGGARAN YANG DIBERI :


1) Pujian antara suami dan isteri.
2) Pujian antara ahli keluarga dalam keadaan gurauan. 
    cth ( dialog ) : 
 bapa saudara: wah! sedap nyer masakan emak kamu minah. Emak kamu memang hebat lah dalam bab2     memasak ni.


minah : oh, ye ka? hehe... betul2...=)


emak : ye la tuh... setakat masak ayam gulai ni je pun... ape klas la sangat kan... =)


*hal ini kerana, pujian dalam keluarga dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama ahli keluarga. =)


3) Pujian guru kepada murid-murid.
    *sama ada sekolah rendah mahupun sekolah menengah TAPI, mesti ingat, jaga ayat kamu ya.... Kalau sekolah menengah, mesti berhati-hati sikit.
    *sebab ada student yang 'terlebih' matang dalam kelas itu.... hehe =) 






Emmm..... setakat ni, tu je yang saya tau.... Kalau ada apa-apa nak tambah ke, nak komen ke, silalah ke ruangan komen ya.... Sama-sama berkongsi.... sharing is caring... =)

OK lah.... time for study right now actually... hehe...melelong sat.... 
Mintak Maaf pada sume pembaca dan pungunjung blog ini...

p/s : sumber drpd pegawai agama daerah Kubang Pasu melalui radio KEDAH FM.

WALLAHU'ALAM 

nukilan  yg  punya  hati  kecil,
bintang.....

No comments:

Post a Comment