snowball

Monday, January 2, 2012

Cerita Iblis Laknatullah

ALHAMDULILLAH

Masih diberi nikmat iman,islam,jemaah dan nyawa hingga ke hari ini.
ALHAMDULILLAH 

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM..... 

Suatu hari, iblis pergi berjumpa dengan nabi musa. 
Pertemuan ini adalah semata-mata untuk iblis memohon ampun daripada Allah. 


Sepertimana yg telah kite sume maklum, bahawa iblis adalah golongan yg engkar pada perintah Allah, oleh itu, iblis ingin memohon ampun daripada Allah.


Berkatalah iblis kepada nabi musa. Iblis bertanya tentang bagaimana cara untuk aku bertaubat kepada nabi musa. 
Lalu nabi musa terus bertanya kepada Allah ( Iblis bertanya kepada nabi musa kerana iblis tau bahawa hanya nabi musa yg dikurniakan mukjizat boleh bercakap dengan Allah secara langsung). 
Bertanyalah nabi musa kepada Allah. 
Bagaimana cara yg perlu dilakukan oleh iblis untuk bertaubat ?
 Lalu Allah berfirman, "sujudlah pada kubur nabi adam".







Seterusnya, nabi musa menyampaikan pesanan itu terus kepada iblis.
 Lalu iblis membalas, "sedangkan di syurga, masa hidupnya pun aku tidak pernah sujud pada adam, inikan pula setelah adam mati".
 Begitulah jawapan yg diberikan oleh iblis kepada nabi musa. 


Sungguh angkuh iblis kepada Allah. 
Inilah yg dikatakan takabbur.
 Iblis berasa bahawa, dialah yg plg hebat berbanding nabi adam.
 Sampai sekarang, iblis tidak pernah sujud pada nabi adam.
 Begitu angkuh iblis pada Allah.


Oleh itu, hendaklah kita sebagai hamba Allah yg lemah dan hina ini, membuang sejauh mungkin rasa takabbur dalam diri. 
Jika ada, hendaklah bertaubat dengan segera.
 Allah itu Maha Pengampun. 
InsyaAllah, taubat kita diterima Allah. 
Bersangka baiklah dengan Allah kerana apa yg kita sangka, itulah yg Allah berikan. 



Mohon dijauhkan rasa takabbur itu ya Allah, ya Rahman, ya Rahim... 

semoga kami sentiasa dilindungi oleh Mu, ya Allah...

peliharalah hati kami ya Allah....

jangan Kau bolak-balikkan hati kami ya Allah...

kuatkan iman di hati kami ya Rabbi....

ALLAHUMMA AMIN....





nukilan  yg  punya  hati  kecil,
najihah nasim.....

No comments:

Post a Comment