snowball

Showing posts with label :: Improve it ::. Show all posts
Showing posts with label :: Improve it ::. Show all posts

Tuesday, January 7, 2014

Today Is The Day!

Bismillahirrahmanirrahim.

ALHAMDULILLAH. 
Masih dikurniakan nikmat iman dan nikmat islam.


Tiba2, ade tajuk 'Today Is The Day!', agak2, kenapa yer?? hehe.. Hari ni, dh hantar borang pengesahan untuk buat research study for next semester... next semester will be gonna hard from the others past semester.

Sebenarnya, cheq ni dalam dilema, x tau nk pilih p buat research ke nk buat praktikal training. And after some musyawarah with some people that I trusted and I follow the road that seem near to me(need a guidance from Allah), I chose research study.

Big Data Mining!!!

I'm gonna run after you next month! Please be kind for me ok. =) 

Cerita paling menyentuh perasaan sem ni, apabila terlalu bnyk pilihan yg perlu dibuat. Perlu banyak doa n mintak pd Allah ape yg terbaik untuk kita, agama kita, dan msa depan kita (doa istikharah). Doa is the power of everything and Niat is the nucleus of our ibadah. One more thing, if we say that Allah is near with us but we are doing nothing to get or keep our hidayah well, that's mean our iman is something wrong somewhere. 

So, please watch out and recharge your iman. =)

Please be kind to Allah, and Allah will be kind to us.

moral of the post : mujahadah is too bitter while heaven is so sweet. =) 




nukilan  yg  punya  hati  kecil,
bintang.....


Monday, January 9, 2012

JOM MENDENGAR dan MELIHAT !!!



ALHAMDULILLAH


Baru selesai menjawab exam untuk paper yg ke-4 pada petang tadi.... Walaupun ada yg tak tau nak jawab, at least, Allah dah bantu saya untuk jawab soalan2 yang lain tadi..

ALHAMDULILLAH





Hari ini saya berkongsi video je. Mungkin dah ada yang tengok video ni kot. 
Saya ambil dekat youtube je.
Kalau belum pun takpe, jom tengok dulu.

Lepas tengok, muhasabah diri kita.
Kemampuan diri kita macam mane?
Mungkin kita tak boleh jadi macam adik tu, tapi ada banyak lagi cara untuk kita capai objektif yang sama dengan umat Islam yang lain.

Ayuh mujahid dan mujahidah sekalian.
MARALAH  KEHADAPAN !

Sunday, January 8, 2012

:: PUJIAN ::

ALHAMDULILLAH

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana masih memberi kita peluang untuk menambah amalan - amalan kebaikan di dunia. Dunia sepatutnya merupakan ladang akhirat untuk kita yg bergelar umat Islam.
( dipetik drpd buku Apa Ertinya Saya Menganut Islam, karangan Fathi Yakan). 

~ ALHAMDULILLAH ~



sila klik pada gambar untuk lihat dgn lebih jelas... =)


Hari ini ada tajuk baru pula nak dikongsikan bersama kalian semua. PUJIAN. 
Mula - mula nak bg intro dulu sikit. Ehem ehem.....


Setiap manusia yang punya hati dan perasaan pasti suka terhadap pujian kan?
Pujian itu tidak salah, tapi perlu ada batas-batasnya. Ye lah, hidup di dunia ini perlu ada batas. InsyaAllah, baru hidup bersistematik. Hati mana yang tidak berkehendak pada pujian, cuba anda tanya diri anda sendiri.
Diri ni pun mengaku yang hati juga kadang-kadang inginkan pujian.


ANTARA AKIBAT PUJIAN :

 1) Orang yang dipuji berkemungkinan akan berasa ujub (bangga diri).
 2) Orang yang dipuji akan tenggelam dalam kegembiraan. 
          *menyebabkan dia lalai pada dunia.


InsyaAllah, setakat ni, cuma 2 isi sahaja. 

Seterusnya, ingin sekali saya sampaikan pada kalian bahawa, Rasulullah sendiri menegaskan pada kita untuk tidak selalu memuji orang. Hal ini kerana, terdapat beberapa hadis yang mengenainya.


Pertama : 

"kalau ada seorang itu yang membawa pisau, kemudian dia terus pergi membunuh orang lain, maka, itu lebih baik daripada memuji orang yang boleh membawa kebinasaan pada orang yg dipuji."


Baiklah, hadis ini sendiri menyatakan bahawa memuji orang dengan sengaja adalah tidak boleh. Malah lebih buruk jika dibandingkan dengan orang yang membunuh itu. Elakkan memuji orang tanpa sebab- musabab yang kukuh.


Kedua : 

" Kalau anda melihat orang yang suka memuji orang, maka lumurkanlah tanah (debu,selut) pada muka mereka. "




OK. Keterangan pada ayat 'lumurkanlah tanah (debu,selut) pada muka mereka.' . Ayat ini bermaksud 'jangan kamu bagi apa-apa yang disukai mereka kepada mereka'. Hal ini kerana, ada sesetengah mereka ini memuji kerana ingin sesuatu benda yang ada pada orang yg dipuji. Oleh itu, jangan kamu bagi apa-apa yang mereka inginkan itu.


TETAPI.................


ISLAM ITU INDAH.....


Ada beberapa kelonggaran dalam bab pujian ini. Haaa.... Jangan risau, bukan semua orang kita tidak boleh puji tau. Islam itu tidak membebankan umatnya. 


ANTARA KELONGGARAN YANG DIBERI :


1) Pujian antara suami dan isteri.
2) Pujian antara ahli keluarga dalam keadaan gurauan. 
    cth ( dialog ) : 
 bapa saudara: wah! sedap nyer masakan emak kamu minah. Emak kamu memang hebat lah dalam bab2     memasak ni.


minah : oh, ye ka? hehe... betul2...=)


emak : ye la tuh... setakat masak ayam gulai ni je pun... ape klas la sangat kan... =)


*hal ini kerana, pujian dalam keluarga dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama ahli keluarga. =)


3) Pujian guru kepada murid-murid.
    *sama ada sekolah rendah mahupun sekolah menengah TAPI, mesti ingat, jaga ayat kamu ya.... Kalau sekolah menengah, mesti berhati-hati sikit.
    *sebab ada student yang 'terlebih' matang dalam kelas itu.... hehe =) 






Emmm..... setakat ni, tu je yang saya tau.... Kalau ada apa-apa nak tambah ke, nak komen ke, silalah ke ruangan komen ya.... Sama-sama berkongsi.... sharing is caring... =)

OK lah.... time for study right now actually... hehe...melelong sat.... 
Mintak Maaf pada sume pembaca dan pungunjung blog ini...

p/s : sumber drpd pegawai agama daerah Kubang Pasu melalui radio KEDAH FM.

WALLAHU'ALAM 

nukilan  yg  punya  hati  kecil,
bintang.....

Thursday, January 5, 2012

antara JIN, SYAITAN dan IBLIS....

ALHAMDULILLAH

Sampai saat ini, detik ini, Allah Maha Pemurah, masih kurniakan pada aku nikmat islam, iman, jemaah.
Nikmat udara untuk aku bernafas dan bernyawa. 
Nikmat kesihatan fizikal untuk aku pergi ke dewan peperiksaan dgn lancar.

~ALHAMDULILLAH~

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM

Selepas mendapat sedikit ilmu drpd sahabat2 yg lain,
yg Allah pinjamkan pada hamba-Nya,
ak di sini nak berkongsi dgn kamu2 sume.....


JIN
Jin merupakan satu kaum atau golongan yang mana, 
mereka juga merupakan makhluk ciptaan Allah. 
Ada antara mereka yg baik dan ada juga yg krg baik.
 Kaum jin ni juga mempunyai rasul-rasul mereka sendiri.
Sama juga dengan kaum Manusia. 
Cuma asal-usul kejadian kita yang berbeza.


buktinya, ada dalam surah Al-An'am...... cepat-cepat, ambil al-Quran dan buka m/s 144 sekarang...
maknanya berbunyi begini : 

Pertama

"Wahai golongan jin dan manusia! Bukankah sudah datang kepadamu rasul-rasul dari kalanganmu sendiri, mereka menyampaikan ayat-ayat-Ku kepadamu dan memperingatkanmu tentang pertemuan pada hari ini?....."
(surah Al-An'am, ayat 130)

Kedua

"Dan sesungguhnya di antara kami(jin) ada yang soleh dan ada pula kebalikannya. Kami menempuh jalan yg berbeda-beda."
(surah Al-Jinn, ayat 11)

Ketiga

"Dan di antara kami(jin) ada yang Islam dan ada yang menyimpang dari kebenaran. Siapa yang Islam. maka mereka itu telah memilih jalan yang lurus."
(surah Al-Jinn, ayat 14)

Haaa.... percaya x? dah ada buktikan...

IBLIS
Iblis juga merupakan makhluk Allah yg sangat taat pada perintah Allah.
 Iblis adalah salah satu golongan jin itu sendiri. 
Iblis merupakan golongan yg plg taat pada Allah jika dibandingkan dengan para malaikat pada suatu ketika dahulu.
 Iblis dijadikan drpa api yg sangat panas.
 Tetapi sayang sekali,
 kerana satu perkara sahaja, 
iblis menjadi sebaliknya. 
Perkara itu adalah tatkala Allah memerintah semua makhluk untuk sujud pada nabi Adam,
 namun
iblis enggan kerana iblis takabbur
Iblis mengatakan bahawa,
 mereka lebih mulia drpd nabi Adam,
 mereka dijadikan drpd api yg sangat panas.
 Hanya kerana itu,
 iblis dikeluarkan dr syurga bersama-sama nabi Adam. 
Sujud yg dimaksudkan di sini merujuk kepada menghormati bukan sujud dalam solat. 


SYAITAN
Baiklah, sekarang dh sampai tajuk syaitan. 
Jangan rasa takut atau gerun ya, kita hanya perlu takut pada Allah, Yang Satu. ALLAHUAKBAR! Jom teruskan membaca.
 OK, Sebenarnya,
 syaitan ini hanyalah sekadar gelaran sahaja,
 bukanlah suatu makhluk lain ciptaan Allah.
 Gelaran syaitan ini membawa maksud mana-mana makhluk yg menghasut atau menggoda anak Adam untuk berbuat kejahatan dan kemungkaran kepada Allah. 
Take note di sini yer.... YANG MENGHASUT DAN MENGGODA.... 
Oleh sebab golongan iblis telah meminta kebenaran drpd Allah untk menghasut dan menggoda anak Adam, 
maka,
 golongan iblis telah mendapat gelaran tersebut.
 Jadi, senang kata, 
barang sesiapa sahaja yg menghasut dan menggoda anak Adam,
 tidak kiralah mereka dr golongan manusia sekalipun,
 mereka merupakan syaitan. 
Mungkin kasar bahasa ni, tapi itulah hakikatnya.

 Kalau nak sebut bodoh, nampak mcm kasarkan? 
Tapi, kita sebut krg pandai. 
Tak ke sama je maknanya? 
Macam2 perangai ada kat dunia ni.


Emm, jadi, adakah anda semua dah faham tentang tajuk ni? Kalau ada kemusykilan, boleh komen kat bawah ye... Atau rujuk pada yang lebih pakar... Ustaz, Ustazah, Ahli ulama'.... Tuan Guru Nik Aziz... =)

kalau musykil, tanya ya... nanti rugi... =P


Pesan nabi kita, 'sampaikan walau satu ayat'.....

Sampai sini saje untuk kali ini. Yang mana ada silap, mohon ditegur.
Mintak maaf kepada sume yang sudi membaca cerita ini.

Wallahu'alam.

nukilan  yg  punya  hati  kecil,
bintang.....


Monday, January 2, 2012

Cerita Iblis Laknatullah

ALHAMDULILLAH

Masih diberi nikmat iman,islam,jemaah dan nyawa hingga ke hari ini.
ALHAMDULILLAH 

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM..... 

Suatu hari, iblis pergi berjumpa dengan nabi musa. 
Pertemuan ini adalah semata-mata untuk iblis memohon ampun daripada Allah. 


Sepertimana yg telah kite sume maklum, bahawa iblis adalah golongan yg engkar pada perintah Allah, oleh itu, iblis ingin memohon ampun daripada Allah.


Berkatalah iblis kepada nabi musa. Iblis bertanya tentang bagaimana cara untuk aku bertaubat kepada nabi musa. 
Lalu nabi musa terus bertanya kepada Allah ( Iblis bertanya kepada nabi musa kerana iblis tau bahawa hanya nabi musa yg dikurniakan mukjizat boleh bercakap dengan Allah secara langsung). 
Bertanyalah nabi musa kepada Allah. 
Bagaimana cara yg perlu dilakukan oleh iblis untuk bertaubat ?
 Lalu Allah berfirman, "sujudlah pada kubur nabi adam".







Seterusnya, nabi musa menyampaikan pesanan itu terus kepada iblis.
 Lalu iblis membalas, "sedangkan di syurga, masa hidupnya pun aku tidak pernah sujud pada adam, inikan pula setelah adam mati".
 Begitulah jawapan yg diberikan oleh iblis kepada nabi musa. 


Sungguh angkuh iblis kepada Allah. 
Inilah yg dikatakan takabbur.
 Iblis berasa bahawa, dialah yg plg hebat berbanding nabi adam.
 Sampai sekarang, iblis tidak pernah sujud pada nabi adam.
 Begitu angkuh iblis pada Allah.


Oleh itu, hendaklah kita sebagai hamba Allah yg lemah dan hina ini, membuang sejauh mungkin rasa takabbur dalam diri. 
Jika ada, hendaklah bertaubat dengan segera.
 Allah itu Maha Pengampun. 
InsyaAllah, taubat kita diterima Allah. 
Bersangka baiklah dengan Allah kerana apa yg kita sangka, itulah yg Allah berikan. 



Mohon dijauhkan rasa takabbur itu ya Allah, ya Rahman, ya Rahim... 

semoga kami sentiasa dilindungi oleh Mu, ya Allah...

peliharalah hati kami ya Allah....

jangan Kau bolak-balikkan hati kami ya Allah...

kuatkan iman di hati kami ya Rabbi....

ALLAHUMMA AMIN....





nukilan  yg  punya  hati  kecil,
najihah nasim.....

Friday, November 4, 2011

assignment 1citizen

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM~ ~ ~
(ikhlaskan)


haa....ni lah assignment 1 citizen... buat poster je senang...
x payah fikir yg susah2.....ade bnyk lg perkara penting yg perlu kite fikir....

HADIS : 

"barangsiapa yg tidak memikirkan tentang masalah umat islam yg lain,
maka kamu bukan dari golongan umat islam"


maka, marilah kite same2 berusaha untk jadi umat islam yg SEJATI

Tuesday, October 18, 2011

Friday, October 14, 2011

kangan pada AB

BISMILLHIRAHMANIRAHIM....


Lamenyer x menulih kat skrin ni kan....asif sume, x sempat nk update (mcm la ade org bace blog ni kan?)....
emm, alhamdulillah, hidup baru sebagai seorang mahasiswa USM ni sgt mencabar.... ade bnyk dugaan nyer, tp.... nikmat yg Allah bg x pernah putus kepada hamba2-Nya.... alhamdulillah....syukur pada Allah... nikmat IMAN n ISLAM....

Menjadi seorang WANITA ni, x rugi tau.... Kite ni sgt istimewa.... x semua org bleh tegur kite dgn senang...
sebab kite begitu BERHARGA.....

Bile berada di alam U, tittle WANITA sebagai hiasan dunia, sgt perlu d jage... agar diri kite sentiasa dalam rahmat Allah....insyaAllah....

Diri kite, kite yg jage... takde org len nk tlg jage diri kite ni...hehe.... hidup kat U kene pandai jage diri tau, ape2 yg kite nk decide, mesti kene refer al-quran n sunnah.... dgr kate org2 yg dipercayai je.... AURAT adalah perkara pntg yg perlu kite tekankan....jgn fikir, yg AURAT ni membebankan WANITA.... AURAT kite, MARUAH kite..... igt ayat ni!

Emm, sayer rase, sampai cni je post untk kali ni... simple je post, tp pdt.... =)

Tuesday, September 13, 2011

BuNga - bUnGa 'CINTA'

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM  




ALHAMDULILLAH (segala puji bagi ALLAH).

Sudah selamat sampai di USM.... Inilah tempat seterusnya yg telah 
Allah tetapkan untuk diri yg lemah dan hina ini......

Bersyukur saya ke hadrat Ilahi apabila dipertemukan dgn sahabat2 seperjuangan,
Berjuang untuk tegakkan kebenaran dan mencegah kemungkaran secara bersama-sama.

Walau kami datang dari matrik yg berlainan, namun ikatan ukhuwah sebagai sahabat
tidak akan pudar walau dimamah usia,
tidak akan hilang walau ape yg berlaku,
kerna hidup kami disandarkan hanya pada Allah.

INSYAALLAH......BERKEKALAN  HINGGA KE AKHIR HAYAT.

Tetapi....... ukhuwah sahabat2 di matrik tidak akan ak lupakan,
Kamulah yg membangkitkan ak,
Kamulah yg menyedarkan ak tika ak lalai,
Kamulah sahabat yg paling berharga buat diri ini....

~BERSAHABAT UNTUK DUNIA DAN AKHIRAT~
~TIADA  PENGGANTIMU~




lakonan hebat untuk sipbab


DULU  KINI  DAN  SELAMANYER !!

Tuesday, August 23, 2011

Hari INI.....

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM

Hari ini......
Dan semalam....
Ak ade tgk satu cite best. Cite ni pasal doktor, ak suke sgt tp apekan daya, diri ni tak
sanggup nak hadapi darah yg banyk kat hospital tu....kalu lah boleh, dh lame ak nk amek coz medical.....
Ni lah name dier kehidupan....kalu x ade yg susah, mcm mane nk ade yg senang kan?



Haaa.....ni la tajuk cite nyer....cube korang sume try jenguk jap..
Konfem x rugi nyer, cite ni mengisahkan mcm mane doktor-doktor
nak menghadapi kes-kes kecemasan n lain-lain kes lagi laa....
Yang pasti nyer, sume kes pregnancy....
~ Kisah ibu dan anak ~




Wednesday, August 10, 2011

HanYut



BISMILLAHHIRAHMANIRAHIM. 


Ya Allah, ak mohon pada-Mu, ampunilah dosa2 ak ya Rahman.....                      
kurniakanlah kepadaku sebuah hati yang baru ya Allah!
HATI yang suci dari bintik-bintik hitam...
ak tidak berjumpa dgn hatiku dalam solatku, hati ak kotor ya Allah.....
Tunjukkanlah ak jalan yang lurus ya Allah....
Kurniakanlah ak taufik dan hidayah-Mu.....

ALHAMDULILLAH

Hari ini ak masih diberi peluang oleh Allah untuk terus hidup dan menghirup udara di bumi ini....
Aku tahu, selama ini ak telah banyak melakukan perkara yang tak sepatutmya seorang muslim lakukan....

MATA yang ak dapat sebagai pinjaman ini,
ak guna dgn sesuka hati,
ak lihat semua yang nafsu inginkan.

MULUT yang diberi pinjam ini,
ak sering lontarkan kata-kata kesat pada orang,
ak jarang untuk mengucapkan kalimah pujian bg Allah,
ak tidak mengajak orang lain kepada kebaikan.

TELINGA yang Allah kurniakan,
ak dengar lagu-lagu yang melalaikan hati,
ak kurang mendengarkannya ayat-ayat suci al-Quran.

Ak rebah pada nafsu ak yang tak akan pernah kenyang dan tak akan pernah puas itu....
Kini ak masih lagi bertatih untuk bangun dari mimpi buruk ak sendiri.....
Ak cuba melawan nafsu ak.....
Ingin sekali ak perbaiki diri ak.....

" if you cannot remove it, then you must improve it"

Kata-kata ini ak peroleh dari pensyarah BI ak di matrik.....
Beliau tidak pernah berputus asa memberi semangat dan nasihat kepada kami....
Beliau tidak pernah lekang dari senyuman.....

 "senyum itu sedekah"
~jom senyum! walau duka ada di hati~


SALAM  RAMADHAN......=)