snowball

Monday, July 25, 2011

~ A.I.R. ~


Air Yang Lembut


hidup ini ibarat AIR yang mengalir tanpa henti,
tak selalunya deras, 
tak selalunya perlahan,
tak selalunya bertakung,
tak selalunya menurun.


masa juga umpama AIR yang bergerak tiada penghujung,
ia bergerak setiap detik,
walau hujan dan ribut melanda,
walau petir memancar,
walau kita 'arwah' sekalipun.


ada orang kata.......
Masa Itu Emas,
Masa Itu Duit,
Masa Itu Berharga.

TAPI pada AIR,
apa yang orang kata?

'AIR dicincang tak akan putus'

sahabat sekalian,
hidup dan masa kita,
ibarat AIR yang jernih,
ibarat AIR yang lembut.

pada awalnya, AIR memang jernih, AIR memang lembut,
tapi akhirnya, ada AIR yang keruh, ada AIR yang kotor,

sesungguhnya, kita MAMPU mengekalkan AIR yang jernih itu tetap jernih dan AIR yang lembut itu tetap lembut.

sahabat, hargailah masa antum, hargailah kehidupan antum.
AIR yang jernih dan lembut itu umpama masa dan kehidupan kita, selagi mana kita jaga masa yang telah ALLAH kurniakan pada kita, selagi itulah kehidupan kita penuh bermakna.........

Betullah kata orang bahawa masa itu emas, masa itu duit, masa itu berharga......kerana masa tidak boleh diputar balik, jika kita ada buat kesalahan, maka berTAUBATlah......


Bersihkanlah diri dengan zikir Ilahi

maniskan ilmu dengan seribu amalan

Suburkan jiwa dan hati ke jalan Allah

Kasih yang manis bersulam iman tercinta..


~~masa takkan menunggu kita~~



Sunday, July 24, 2011

~~Sampaikan Walau Sebaris Kata~~

berfikirlah^^




FIKIR SEJENAK...


Wahai sahabat² seagama denganku…
Tolonglah ambil masa 3 minit untuk membaca note ini....
3 Minit je, tak lama pun..
... Mungkin ada yg pernah baca kisah ni tapi tak salah kalau kita ingatkan sekali lagi..

Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...
Bayangkan benda ini berlaku pada anda.....
Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah...
tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dgn pakaian hitam..
tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun...
lalu salah seorang lelaki tu bertempik "
"Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu"
Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri....
daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 40 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Imam tu...
Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata:
"Ok Pak Imam, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Imam mulakan sembahyang Jumaat"....
Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah....
Macammana..
adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas. selain terhibur anda Fikirkanlah...
"Lawak kan, dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 40 yg betul-betul BERIMAN... "
"Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya...
kedua lelaki hanya membawa mesin-gun..
dia tak kata pun nak bunuh.. tapi generasi skrang..
amat lemah..
baru kena ugut terus lari lintang pukang..
lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi..."
"Lawak, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja.. tu pun bila time sembahyang jumaat..
tunjuk muka kat org kampung.. ada tu lagi dashyat setahun 2 kali aje..
bile time sembahyang raya..."
"Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al Quran"
"Lawak kan, berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia"
"Lawak, kita boleh bersembang dgn boyfriend atau girlfriend berjam-jam tapi nak berdoa kepada ALLAH alahai..
tak cukup masa..
Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak thread atau note yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel2 yang berunsur agama Lawak kan???
Kenapa?
gelak tu kan realiti..
tapi yg paling lawak sekali..
berapa orang yang lepas baca benda ni akan sampaikan kat orang lain...
berapa orang yang akan buka thread ni untuk luangkan masa membaca?
berapa banyak????
Wallahualam…
Sebarkanlah...

Sunday, July 17, 2011

~AKU INGIN BERGELAR SOLEHAH~

Aku Ingin Bergelar Solehah


~~ HIASAN  DUNIA ~~

Aku ingin bergelar solehah
tetapi menjaga auratku sahaja kini sudah terasa payah
aku begitu tertarik dengan fesyen dunia
aku terasa rendah diri bila melihat mereka bergaya
tetapi mana mungkin auratku terdedah
kerana aku ingin bergelar solehah

Aku ingin bergelar solehah
tetapi tugas isteri tidak lagi mudah
rumahtangga kini begitu mudah ranapnya
ditambah pula dengan sikap suami yang tak dapat dijangka
kadangkala aku dibiar sendiri
kadangkala aku dibelai mesra
namun dalam apa jua ketika walau dalam linangan airmata
aku tidak membantah
aku patuhi jua setiap kehendak
asalkan tidak bertentangan dengan syariatNya
kerana aku sangat ingin sekali bergelar solehah

Aku ingin bergelar solehah
tetapi aku isteri berkerjaya
pergaulanku perlu dijaga
pertuturanku perlu berpada-pada
takut pula nanti ada yang menaruh cinta
takut pula nanti terluka hati suami tercinta
walaupun aku tidak sengaja dan tidak pernah mengundang orang ketiga
tetapi segalanya mungkin
dan aku perlu tabah dan cekal beriman
kerana aku tentunya ingin bergelar solehah

Aku ingin bergelar solehah
dan aku tahu ianya bukan mudah
tetapi aku yakin dengan janji Allah
dan akan ku terus berpegang pada matlamatku
Aku ingin bergelar solehah...

Kalau kita cintakan seseorang..pasti kita ingin bertemu selalu.
Kalau kita cintakan Allah..bertemulah selalu dalam zikrullah,
bertemulah selalu didalam solah, bertemulah selalu di rumah Allah,
berpegang teguhlah kepada Al-Quran dan As Sunnah.

*credit to al~muslimah.

Thursday, July 7, 2011

Kata- Kata HIkMah~~~

Sebelum Terlena

Album : Keizinan Mu
Munsyid : Hijjaz






Sebelum mata terlena
Di buaian malam gelita
Tafakurku di pembaringan
Mengenangkan nasib diri

Yang kerdil lemah yang bersalut dosa
Mampukah ku mengharungi titian sirat nanti
Membawa dosa yang menggunung tinggi
Terkapai ku mencari limpahan hidayah Mu 


Agar terlerai kesangsian hati ini
Sekadar air mata tak mampu membasuhi dosa ini

Sebelum mata terlena
Dengarlah rintihan hati ini
Tuhan beratnya dosa ku
Tak daya ku pikul sendiri


Hanyalah rahmat dan kasih sayang Mu
Yang dapat meringankan hulurkan maghfirah Mu
Andainya esok bukan milik ku lagi
Dan mata pun ku tak pasti akan terbuka lagi

Sebnelum berangkat ke daerah sana
Lepaskan beban ini
Yang mencengkam jiwa dan raga ku 


Selimut diri ku
Dengan sutra kasih sayang Mu
Agar lena nanti ku mimpikan
Syurga yang indah abadi

Pabila ku terjaga
Dapat lagi ku rasai
Betapa harumnya
Wangian syurga firdausi oh Ilahi 


Disepertiga malam
Sujud ku menghambakan diri
Akan ku teruskan pengabdian ku pada Mu


Saturday, July 2, 2011

AnTaRA 2 JaLaN

RINTIHAN SEORANG HAMBA





Ya Allah,
Sesungguhnya aku ini hamba-Mu yg hina,
Aku hamba-Mu yg lemah,
Aku perlukan pertolongan-Mu.

Ya Rabbi,
Perjalanan hidup aku penuh liku,
Terkadang aku hampir tersadung,
Dek batu yg tak kelihatan oleh mata kasarku ini.

Ya Malik,
Diri ini penuh dosa,
Kotor dgn bintik2 hitam,
Di bayangi oleh nafsu serakah.

Ya Rahman,
Aku mohon agar Kau tetapkan iman di hatiku ini,
Tetapkanlah hatiku pada jalan dakwah ini,
Tautkan hatiku pada kema'rufan,
Jauhkan hatiku pada kemungkaran.

~~~LAILAHAILLALLAH~~~

A.U.R.A.T~~











A.U.R.A.T
Tidak akan tertutup dengan sifat yang lemah lembut.

A.U.R.A.T
Tidak akan tertutup dengan akhlak yang baik.

A.U.R.A.T
Tidak akan tertutup dengan kata-kata yang baik.

A.U.R.A.T
Tidak akan tertutup dengan solat.

TETAPI...

A.U.R.A.T
Akan tertutup dengan pakaian yang sempurna. Maka, sempurnakanlah pemakaian kita. Jom tutup aurat dengan betul.Ya Allah..berapa ramaikah wanita yang menjaga aurat mereka dengan betul dan tidak menjadikan "TUDUNG" itu sebagai style pada masa kini.



....HARGAILAH DIRIMU WAHAI WANITA2 SEKALIAN....



P/S: sesungguhnya kaum wanita yg mendominasi ahli neraka kelak....(sabda Rasulullah s.a.w.)
       moga kite yg membaca ini termasuk dalam golongan ahli2 syurga....amin ya Rabb!!!

Friday, July 1, 2011

UkHuwaH FilLaH

RAHSIA UKHUWAH FILLAH


UKHUWAH  ialah roh yg dihidupkan oleh Allah dalam hati org2 yg beriman apabila Ia kehendaki agar mereka dekat dan bersatu.....

......Ia merupakan rahsia yg lahir dalam hati2 mereka bila dikehendaki Allah.....







"Walaupun kamu membelanjakan semua(kekayaan) yg ada dibumi, nescaya kamu tidak akan dapat mempersatukan hati mereka. Akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sungguh Dia Maha Perkasa , Maha Bijaksana".
surah al anfal,63



"Sesungguhnya org2 mukmin adalah bersaudara". 
surah al hujurat, 10




UKHUWAH adalah suatu rahsia Allah yg suci dan tidak tunduk kepada kriteria manusia dan tidak mengikut neraca2 mereka. 

Dengan ikatan rahsia ini, mereka terus bersaudara sehinggakan satu sama lain tidak sabar menanti jika berjauhan.


UKHUWAH merupakan kesatuan roh , jalinan hati dengan hati.
Minuman yg bersih drpd Allah untuk hambanya yg beriman.

Dengan spontan rasa cinta itu mengalir bersama darah, bersinar diwajah mereka.

Mereka berpegang tangan dengan KASIH SAYANG.
Mereka bersama menikmati udara kesetiaan n persaudaraan.



Sehinggakan org2 munafik hairan dan terkejut melihat persaudaraan ini, kerana taraf mereka yang rendah itu tidak sanggup memikul ukhuwah seperti ini. ~
Jiwa mereka yg rendah dan hina tidak dapat memahami kedudukan seperti ini.

Justeru itu mereka berusaha untuk menghancurkan ukhuwah tersebut.

Namun, alangkah jauhnya tangan2 manusia yg berhasrat untuk memadamkan cahaya yg mendapat keredhaan drpd Allah yg telah menciptakan cahaya itu dan Dialah yg memeliharanya.

SESUNGGUHNYA, UKHUWAH ITU RAHSIA ALLAH.

~~~HANYA ALLAH YG MAMPU MELEPASKAN IKATAN ITU~~~


WAALLAHUALAM.....
SEMOGA ALLAH SAYANG.....