snowball

Monday, July 25, 2011

~ A.I.R. ~


Air Yang Lembut


hidup ini ibarat AIR yang mengalir tanpa henti,
tak selalunya deras, 
tak selalunya perlahan,
tak selalunya bertakung,
tak selalunya menurun.


masa juga umpama AIR yang bergerak tiada penghujung,
ia bergerak setiap detik,
walau hujan dan ribut melanda,
walau petir memancar,
walau kita 'arwah' sekalipun.


ada orang kata.......
Masa Itu Emas,
Masa Itu Duit,
Masa Itu Berharga.

TAPI pada AIR,
apa yang orang kata?

'AIR dicincang tak akan putus'

sahabat sekalian,
hidup dan masa kita,
ibarat AIR yang jernih,
ibarat AIR yang lembut.

pada awalnya, AIR memang jernih, AIR memang lembut,
tapi akhirnya, ada AIR yang keruh, ada AIR yang kotor,

sesungguhnya, kita MAMPU mengekalkan AIR yang jernih itu tetap jernih dan AIR yang lembut itu tetap lembut.

sahabat, hargailah masa antum, hargailah kehidupan antum.
AIR yang jernih dan lembut itu umpama masa dan kehidupan kita, selagi mana kita jaga masa yang telah ALLAH kurniakan pada kita, selagi itulah kehidupan kita penuh bermakna.........

Betullah kata orang bahawa masa itu emas, masa itu duit, masa itu berharga......kerana masa tidak boleh diputar balik, jika kita ada buat kesalahan, maka berTAUBATlah......


Bersihkanlah diri dengan zikir Ilahi

maniskan ilmu dengan seribu amalan

Suburkan jiwa dan hati ke jalan Allah

Kasih yang manis bersulam iman tercinta..


~~masa takkan menunggu kita~~



No comments:

Post a Comment