snowball

Monday, April 2, 2012

TOKOH ISLAM : THALHAH BIN UBAIDILLAH

ALHAMDULILLAH

ALHAMDULILLAH... Setelah sekian lamanyer sayer menyepi, akhirnya, tiba lagi sayer di medan penulisan ini. Walau x brape nk hebat, sayer tetap akan tulis jugak. 
hehe...kuat semangat!!!

ALHAMDULILLAH


BISMILLAHIRAHMANIRAHIM


Sekarang, sayer nak tulis pasal tokoh Islam! yang dah sayer bace daripada buku tulisan AHMAD LUTHFI SURRAH. 

~ sampaikan walau satu ayat ~



ALKISAH BERMULA~~~

Thalhah bin ubaidillah wafat pada tahun 36H/656M. Dia adalah seorang sahabat Rasulullah SAW dan merupakan perajurit handal di medan pertempuran. Dia berasal dari suku kaum Quraisy.

Thalhah bin ubaidillah mempunyai nama penuh Thalhah bin abdullah bin uthman bin ka'ab bin said. Dia merupakan seorang perunding dan salah seorang yang dijamin masuk syurga oleh Rasulullah SAW.

Sebagai seorang muslim yang setia kepada Rasulullah SAW, dia selalu menyertai dalam pertempuran demi menegakkan kalimat Allah. Perjuangannya bukan kerana harta benda, melainkan jiwa raga.

Ketika Perang Uhud, dia luka parah. Dia menggunakan dirinya sebagai perisai Rasulullah SAW dan mengalihkan anak panah yang akan menusuk tubuh Rasulullah SAW dengan tangannya sehingga semua jemarinya putus.Thalhah bin ubaidillah meninggal akibat anak panah di Perang Jamal.

Thalhah bin ubaidillah masuk Islam secara kaffah. Dia tidak pernah memungkiri janji dan terkenal sebagai orang yang jujur yang ditunjukkan dari perilaku sehari-hari. Dia tidak pernah menipu apalagi mengkhianat sebelum dan sesudah masuk Islam.

Dia masuk Islam melalui Abu Bakar As Siddiq. Kedua-duanya menemui Rasulullah SAW. Di hadapan Rasulullah SAW, kedua-duanya mempunyai niatt ingin memeluk agama Islam dan mengucapkan kalimat syahadah.

Setelah itu, mereka meninggalkan Rasulullah SAW. Namun, di tengah perjalanan, mereka ditahan oleh orang Quraisy yang terkenal dengan sebutan 'singa Quraisy' iaitu Nofal bin Khuwalid. Nofal memanggil orang-orangnya untuk menangkap mereka berdua. Thalhah dan Abu Bakar bukan hanya ditangkap tetapi juga diikat dalam satu ikatan. Semua itu dilakukan Nofal sebagai seksaan kepada orang-orang yang memeluk Islam. Daripada kejadian tersebut, Thalhah dan  Abu Bakar dikenali sebagai 'Alqari' Nain' atau 'Dua Serangkai'.

Sejarah perjalanan Thalhah bin ubaidillah merupakan hembusan angin yang harum dalam rangkaian sejarah yang patut kita teladani bersama.

Alangkah bagusnya apabila kita meneruskan sikap orang-orang terdahulu dalam menjalankan Islam sebagaimana dikuatkan oleh firman Allah dalam surah Qaaf [50:37].

Thalhah bin ubaidillah merupakan seorang yang gagah berani, tidak takut menghadapi sebarang kesulitan, kesakitan dan segala jenis ujian. Dia merupakan orang yang kuat dalam mempertahankan pendirian meskipun ketika waktu dia masih jahiliah.

Dalam sejarah, diceritakan bahawa Thalhah tertarik masuk Islam ketika berdagang di Bashra. Di sana, ada seorang pendeta sedang mencari seseorang yang berasal dari kota Mekah. Kemudian, Thalhah menghampiri pendeta tersebut dan memberitahu bahawa dirinya berasal dari Mekah.

Ternyata, pendeta tersebut menanyakan seorang lelaki yang bernama Ahmad bin Abdillah bin Abdul Muthalib kerana beliau merupakan nabi akhir zaman. Akhirnya, setelah pulang ke kota Mekah, Thalhah bertemu dengan Abu Bakar dan kemudian Thalhah masuk Islam selepas Uthman bin Affan.

Thalhah bin ubaidillah sewaktu Perang Badar terjadi, tidak ikut bertempur kerana diutus oleh Rasulullah SAW sebagai pengintip tentera Quraisy yang menuju daerah Alhaura.

.......................... to be continue.....................


insyaAllah sampai sini dulu untuk cerita ni, nanti di'update'kan lagi ya! 

LA ILA HA ILLALLAH


nukilan  yg  punya  hati  kecil,
bintang.....

No comments:

Post a Comment