snowball

Thursday, October 11, 2012

:: PENGALAMAN MENGAJAR ERTI KEHIDUPAN ::

Bismillahirahmanirahim 
(dengan nama Allah yg maha Pemurah lagi maha Penyayang)

smoga pembaca basmallah ini mendapat pahala ketika membaca entri~

ALHAMDULILLAH
(segala puji bagi Allah)

hari ini aku diberi nafas untuk teruskan hidup,
nikmat diberi tanpa diminta sepenuhnya,
musibah datang tanpa dijemput,
hati tetap terima segalanya dengan terbuka.

USRAH 1

saat pertama kali dalam hidup ni saya mengendalikan usrah di alam kampus, sangat CEMAS. Dalam alam yg sangat2 memerlukan azam yg kuat untuk terus gagah berdiri di bumi Allah, pengalaman pertama USRAH memang mendebarkan..... Banyak perkara ligat berputar dalam otak ni.... hmmmm, hanya Allah je yg tau...

1) fahamkah ahli usrah saya tentang ape yg sayer sampaikan pada mereka ye?
2) ok ke penyampaian usrah saya tu yer?
3) menarik tak usrah ni sebenarnya?
4) sampai dalam hati tak kata-kata saya?

ni sume buat saya tak boleh duduk diam. Setiap saat rasa gelisah. Ya Allah, berikan kefahaman pada mereka, hilangkan kekakuan lidah saya saat menyampaikan agamaMu, elokkan ucapan saya ya Allah.....

tenangkanlah hati-hati kami... amin ya Rabb!


USRAH 2 

alhamdulillah, setelah ade gabungan naqibah untuk handle usrah, keyakinan saya untuk menyampaikan isi2 lebih yakin.... inilah pentingnya bekerja dalam satu jemaah! ape yg kurang, sahabat tlg topupkan.....

rase macam hati kami dh bertaut lame, sukar nk lepas andai disuruh lepas....

SAYA SAYANG AHLI USRAH SAINS KOMPUTER KERANA ALLAH! 

bak kata salah seorang ahli usrah saya, bagai aur dengan tebing, seperti air yg dicincang takkan putus.
rasa seronok sangat usrah hari ni. laen kali nk ikut lg lah! =)


AL-FATIHAH 

surah pembuka al-Quran. ibu segala surah. hari ni saya ucap pada mereka untuk sentiasa bace basmallah walaupun hanya buka pintu bilik sekalipun. insyaAllah pandangan Allah ade pada kite. surah ni juge sgt2 bermakna, dapat sucikan jiwa, tenangkan hati. surah al-fatihah ade 7ayat semuanya, menurut imam syafie.


NIAT

setiap amalan bermula dengan NIAT. ape jenis amalam sekalipun, niat itu penting! niat akan dinilai oleh Allah. amalan yg tidak disertakan dengan niat adalah sia-sia. ya Allah, peliharalah hati-hati kami ya Allah! amin........ sesungguhnya, Engkaulah pemilik hati kami.


USRAH

usrah ade 3T!

TA'ARUF, TAFAHUM, TAKAFUL.

seronokkan? =D

lepas kite kenal2, kite faham kondisi sahabat kite, then, kite tolong-menolong bersama. saya jaga kebajikan kamu, kamu jaga kebajikan saya..... namun, yg penting skali, Allah jua lah yg jaga diri kite semua.... =)

USRAH sangat MENARIK!



nukilan  yg  punya  hati  kecil,
bintang.....


HIDUP TIDAK SELALU INDAH


Bismillahirahmanirahim 
(dengan nama Allah yg maha Pemurah lagi maha Penyayang)

smoga pembaca basmallah ini mendapat pahala ketika membaca entri~

ALHAMDULILLAH
(segala puji bagi Allah)

hari ini aku diberi nafas untuk teruskan hidup,
nikmat diberi tanpa diminta sepenuhnya,
musibah datang tanpa dijemput,
hati tetap terima segalanya dengan terbuka.

USRAH 1

saat pertama kali dalam hidup ni saya mengendalikan usrah di alam kampus, sangat CEMAS. Dalam alam yg sangat2 memerlukan azam yg kuat untuk terus gagah berdiri di bumi Allah, pengalaman pertama USRAH memang mendebarkan..... Banyak perkara ligat berputar dalam otak ni.... hmmmm, hanya Allah je yg tau...

1) fahamkah ahli usrah saya tentang ape yg sayer sampaikan pada mereka ye?
2) ok ke penyampaian usrah saya tu yer?
3) menarik tak usrah ni sebenarnya?
4) sampai dalam hati tak kata-kata saya?

ni sume buat saya tak boleh duduk diam. Setiap saat rasa gelisah. Ya Allah, berikan kefahaman pada mereka, hilangkan kekakuan lidah saya saat menyampaikan agamaMu, elokkan ucapan saya ya Allah.....

tenangkanlah hati-hati kami... amin ya Rabb!


USRAH 2 

alhamdulillah, setelah ade gabungan naqibah untuk handle usrah, keyakinan saya untuk menyampaikan isi2 lebih yakin.... inilah pentingnya bekerja dalam satu jemaah! ape yg kurang, sahabat tlg topupkan.....

rase macam hati kami dh bertaut lame, sukar nk lepas andai disuruh lepas....

SAYA SAYANG AHLI USRAH SAINS KOMPUTER KERANA ALLAH! 

bak kata salah seorang ahli usrah saya, bagai aur dengan tebing, seperti air yg dicincang takkan putus.
rasa seronok sangat usrah hari ni. laen kali nk ikut lg lah! =)


AL-FATIHAH 

surah pembuka al-Quran. ibu segala surah. hari ni saya ucap pada mereka untuk sentiasa bace basmallah walaupun hanya buka pintu bilik sekalipun. insyaAllah pandangan Allah ade pada kite. surah ni juge sgt2 bermakna, dapat sucikan jiwa, tenangkan hati. surah al-fatihah ade 7ayat semuanya, menurut imam syafie.


NIAT

setiap amalan bermula dengan NIAT. ape jenis amalam sekalipun, niat itu penting! niat akan dinilai oleh Allah. amalan yg tidak disertakan dengan niat adalah sia-sia. ya Allah, peliharalah hati-hati kami ya Allah! amin........ sesungguhnya, Engkaulah pemilik hati kami.


USRAH

usrah ade 3T!

TA'ARUF, TAFAHUM, TAKAFUL.

seronokkan? =D

lepas kite kenal2, kite faham kondisi sahabat kite, then, kite tolong-menolong bersama. saya jaga kebajikan kamu, kamu jaga kebajikan saya..... namun, yg penting skali, Allah jua lah yg jaga diri kite semua.... =)

USRAH sangat MENARIK!



nukilan  yg  punya  hati  kecil,
bintang.....


Wednesday, June 13, 2012

:: something to WONDER ::

Bismillahirahmanirahim...
dengan nama Allah yg maha Pemurah lagi maha Penyayang.

ALHAMDULILLAH~ 
hari ni masih diberi peluang hidup oleh Allah.
sedikit demi sedikit nikmat yg diberi telah ditarik, maka bersyukurlah wahai diri... =)



sedikit coretan hati seorang hamba Allah yg lemah....


mengalirlah air, mengalir sehingga kering... 
tiada kata yg mampu sayer hurai disini, hati terasa dahaga pada kebaikan...
terkadang, kelakuan yg dibuat sekadar untuk menceriakan makhluk2 lain... tapi....
sayer lupa, bukan semua orang boleh terima kelakuan kite...


sebab HATI orang x same bentuk ilusinyer..
secara fizikal memang same, sekali lg tapi, secara ilusi, sgt berbeza....


pesan pada hati, < JANGAN BIARKAN HATI MATI >






MATA oh mata, 
kenapa x basah mcm biasa? 
fenomena yg pelik pada diri.....
mencari sebab yg x kunjung tiba...
tapi tetap mencari, sebab putus asa itu bahaya!


UJIAN hidup x kan pernah lari daripada sebuah kehidupan hamba Allah.
UJIAN didatangkan untuk mengukur tahap keimanan dan kesabaran diri kite.
KASIH SAYANG Allah hadir apabila kite kite dahulu yg memberi kasih sayang kite pada Dia.
melalui UJIAN, banyak hikmah yg kite x nampak secara zahir, tapi terang secara batin.
kalau bukan sekarang, akan datang... 


pesan pada hati, < BERSABARLAH WAHAI HATI >


sekian sahaja untuk susunan abjad ini,
SEJUTA KEMAAFAN dipinta oleh diri ini.




 nukilan  yg  punya  hati  kecil,
bintang.....

Monday, April 2, 2012

TOKOH ISLAM : THALHAH BIN UBAIDILLAH

ALHAMDULILLAH

ALHAMDULILLAH... Setelah sekian lamanyer sayer menyepi, akhirnya, tiba lagi sayer di medan penulisan ini. Walau x brape nk hebat, sayer tetap akan tulis jugak. 
hehe...kuat semangat!!!

ALHAMDULILLAH


BISMILLAHIRAHMANIRAHIM


Sekarang, sayer nak tulis pasal tokoh Islam! yang dah sayer bace daripada buku tulisan AHMAD LUTHFI SURRAH. 

~ sampaikan walau satu ayat ~



ALKISAH BERMULA~~~

Thalhah bin ubaidillah wafat pada tahun 36H/656M. Dia adalah seorang sahabat Rasulullah SAW dan merupakan perajurit handal di medan pertempuran. Dia berasal dari suku kaum Quraisy.

Thalhah bin ubaidillah mempunyai nama penuh Thalhah bin abdullah bin uthman bin ka'ab bin said. Dia merupakan seorang perunding dan salah seorang yang dijamin masuk syurga oleh Rasulullah SAW.

Sebagai seorang muslim yang setia kepada Rasulullah SAW, dia selalu menyertai dalam pertempuran demi menegakkan kalimat Allah. Perjuangannya bukan kerana harta benda, melainkan jiwa raga.

Ketika Perang Uhud, dia luka parah. Dia menggunakan dirinya sebagai perisai Rasulullah SAW dan mengalihkan anak panah yang akan menusuk tubuh Rasulullah SAW dengan tangannya sehingga semua jemarinya putus.Thalhah bin ubaidillah meninggal akibat anak panah di Perang Jamal.

Thalhah bin ubaidillah masuk Islam secara kaffah. Dia tidak pernah memungkiri janji dan terkenal sebagai orang yang jujur yang ditunjukkan dari perilaku sehari-hari. Dia tidak pernah menipu apalagi mengkhianat sebelum dan sesudah masuk Islam.

Dia masuk Islam melalui Abu Bakar As Siddiq. Kedua-duanya menemui Rasulullah SAW. Di hadapan Rasulullah SAW, kedua-duanya mempunyai niatt ingin memeluk agama Islam dan mengucapkan kalimat syahadah.

Setelah itu, mereka meninggalkan Rasulullah SAW. Namun, di tengah perjalanan, mereka ditahan oleh orang Quraisy yang terkenal dengan sebutan 'singa Quraisy' iaitu Nofal bin Khuwalid. Nofal memanggil orang-orangnya untuk menangkap mereka berdua. Thalhah dan Abu Bakar bukan hanya ditangkap tetapi juga diikat dalam satu ikatan. Semua itu dilakukan Nofal sebagai seksaan kepada orang-orang yang memeluk Islam. Daripada kejadian tersebut, Thalhah dan  Abu Bakar dikenali sebagai 'Alqari' Nain' atau 'Dua Serangkai'.

Sejarah perjalanan Thalhah bin ubaidillah merupakan hembusan angin yang harum dalam rangkaian sejarah yang patut kita teladani bersama.

Alangkah bagusnya apabila kita meneruskan sikap orang-orang terdahulu dalam menjalankan Islam sebagaimana dikuatkan oleh firman Allah dalam surah Qaaf [50:37].

Thalhah bin ubaidillah merupakan seorang yang gagah berani, tidak takut menghadapi sebarang kesulitan, kesakitan dan segala jenis ujian. Dia merupakan orang yang kuat dalam mempertahankan pendirian meskipun ketika waktu dia masih jahiliah.

Dalam sejarah, diceritakan bahawa Thalhah tertarik masuk Islam ketika berdagang di Bashra. Di sana, ada seorang pendeta sedang mencari seseorang yang berasal dari kota Mekah. Kemudian, Thalhah menghampiri pendeta tersebut dan memberitahu bahawa dirinya berasal dari Mekah.

Ternyata, pendeta tersebut menanyakan seorang lelaki yang bernama Ahmad bin Abdillah bin Abdul Muthalib kerana beliau merupakan nabi akhir zaman. Akhirnya, setelah pulang ke kota Mekah, Thalhah bertemu dengan Abu Bakar dan kemudian Thalhah masuk Islam selepas Uthman bin Affan.

Thalhah bin ubaidillah sewaktu Perang Badar terjadi, tidak ikut bertempur kerana diutus oleh Rasulullah SAW sebagai pengintip tentera Quraisy yang menuju daerah Alhaura.

.......................... to be continue.....................


insyaAllah sampai sini dulu untuk cerita ni, nanti di'update'kan lagi ya! 

LA ILA HA ILLALLAH


nukilan  yg  punya  hati  kecil,
bintang.....

Monday, February 27, 2012

:: PEMERGIANMU ::

ALHAMDULILLAH

Pendengaranku, pengihatanku, percakapanku, pergerakanku masih baik sampai detik ini. 
Walau banyak dosa yg telah dilakukan oleh hambaNya ini, namun nikmat itu masih diberi.
Ar - Rahman... Ar - Rahim.....

ALHAMDULILLAH



BISMILLAHIRAHMANIRAHIM


Rasa mcm dh lame tggl blog ni kesunyian.... Kenapa ye?? 
Salah diri sendiri.... 

Hari ini cume nk kongsi beberapa info. Sebab kekasih Allah pesan suruh kite, SAMPAIKAN WALAU 1 AYAT, emmm.......

Para pembaca sekalian dh buat dh ape yg kekasih Allah pesan?? 
Kalu dh buat, ALHAMDULILLAH....
Kalu on the way nk buat, MASYAALLAH...
Kalu masih belum buat, INSYAALLAH akan Allah permudahkan untuk anda.... amin...



PEMERGIANMU



Kau masih tersenyum mengubat lara
Selindung derita yang kau rasa
Senyuman yang mententeramkan
Setiap insan yang kebimbangan

Hakikatnya, tak tertanggung lagi derita
Di pangkuan isterimu Humaira?
Menunggu saat ketikanya
Diangkat rohmu bertemu Yang Esa

Tangan dicelup di bejana air
Kau sapu di muka mengurangkan pedih
Beralun zikir menutur kasih
Pada umat dan akhirat

Dan tibalah waktu ajal bertamu
Penuh ketenangan jiwamu berlalu
Linangan air mata syahdu
Iringi pemergianmu

Oh sukarnya untuk umat menerima
Bahkan payah untuk Umar mempercaya
Tetapi iman merelakan jua
Bahawa manusia kan mati akhirnya

Tak terlafaz kata mengungkap hiba
Gerhanalah seluruh semesta
Walaupun kau telah tiada
Bersemarak cintamu selamanya

Ya Rasulallah

Kau tinggalkan kami warisan yang abadi
Dan bersaksilah sesungguhnya
Kami merinduimu





nukilan  yg  punya  hati  kecil,
bintang.....

Wednesday, January 18, 2012

it's ALL about BANANA !!!

ALHAMDULILLAH

Masih diberi kekuatan oleh Allah untuk menulis pada hari ini. Esok dh berangkat ke dusun dah. hehe
Alhamdulillah, tangan masih elok. Mata masih boleh melihat, telinga masih boleh mendengar.

ALHAMDULILLAH


BISMILLAHIRAHMANIRAHIM
ikhlaskan niatmu,

Hari ni cume nak berkongsi tentang pisang.
hehe
Pisang ini sangat bermakna buat kami2...
Terlalu banyak maknanyer....



























Sekian saje drpd berita pisang...
Smoga bertemu lagi pada masa akan datang ya!



nukilan  yg  punya  hati  kecil,
bintang.....

Monday, January 9, 2012

JOM MENDENGAR dan MELIHAT !!!



ALHAMDULILLAH


Baru selesai menjawab exam untuk paper yg ke-4 pada petang tadi.... Walaupun ada yg tak tau nak jawab, at least, Allah dah bantu saya untuk jawab soalan2 yang lain tadi..

ALHAMDULILLAH





Hari ini saya berkongsi video je. Mungkin dah ada yang tengok video ni kot. 
Saya ambil dekat youtube je.
Kalau belum pun takpe, jom tengok dulu.

Lepas tengok, muhasabah diri kita.
Kemampuan diri kita macam mane?
Mungkin kita tak boleh jadi macam adik tu, tapi ada banyak lagi cara untuk kita capai objektif yang sama dengan umat Islam yang lain.

Ayuh mujahid dan mujahidah sekalian.
MARALAH  KEHADAPAN !

Sunday, January 8, 2012

:: PUJIAN ::

ALHAMDULILLAH

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana masih memberi kita peluang untuk menambah amalan - amalan kebaikan di dunia. Dunia sepatutnya merupakan ladang akhirat untuk kita yg bergelar umat Islam.
( dipetik drpd buku Apa Ertinya Saya Menganut Islam, karangan Fathi Yakan). 

~ ALHAMDULILLAH ~



sila klik pada gambar untuk lihat dgn lebih jelas... =)


Hari ini ada tajuk baru pula nak dikongsikan bersama kalian semua. PUJIAN. 
Mula - mula nak bg intro dulu sikit. Ehem ehem.....


Setiap manusia yang punya hati dan perasaan pasti suka terhadap pujian kan?
Pujian itu tidak salah, tapi perlu ada batas-batasnya. Ye lah, hidup di dunia ini perlu ada batas. InsyaAllah, baru hidup bersistematik. Hati mana yang tidak berkehendak pada pujian, cuba anda tanya diri anda sendiri.
Diri ni pun mengaku yang hati juga kadang-kadang inginkan pujian.


ANTARA AKIBAT PUJIAN :

 1) Orang yang dipuji berkemungkinan akan berasa ujub (bangga diri).
 2) Orang yang dipuji akan tenggelam dalam kegembiraan. 
          *menyebabkan dia lalai pada dunia.


InsyaAllah, setakat ni, cuma 2 isi sahaja. 

Seterusnya, ingin sekali saya sampaikan pada kalian bahawa, Rasulullah sendiri menegaskan pada kita untuk tidak selalu memuji orang. Hal ini kerana, terdapat beberapa hadis yang mengenainya.


Pertama : 

"kalau ada seorang itu yang membawa pisau, kemudian dia terus pergi membunuh orang lain, maka, itu lebih baik daripada memuji orang yang boleh membawa kebinasaan pada orang yg dipuji."


Baiklah, hadis ini sendiri menyatakan bahawa memuji orang dengan sengaja adalah tidak boleh. Malah lebih buruk jika dibandingkan dengan orang yang membunuh itu. Elakkan memuji orang tanpa sebab- musabab yang kukuh.


Kedua : 

" Kalau anda melihat orang yang suka memuji orang, maka lumurkanlah tanah (debu,selut) pada muka mereka. "




OK. Keterangan pada ayat 'lumurkanlah tanah (debu,selut) pada muka mereka.' . Ayat ini bermaksud 'jangan kamu bagi apa-apa yang disukai mereka kepada mereka'. Hal ini kerana, ada sesetengah mereka ini memuji kerana ingin sesuatu benda yang ada pada orang yg dipuji. Oleh itu, jangan kamu bagi apa-apa yang mereka inginkan itu.


TETAPI.................


ISLAM ITU INDAH.....


Ada beberapa kelonggaran dalam bab pujian ini. Haaa.... Jangan risau, bukan semua orang kita tidak boleh puji tau. Islam itu tidak membebankan umatnya. 


ANTARA KELONGGARAN YANG DIBERI :


1) Pujian antara suami dan isteri.
2) Pujian antara ahli keluarga dalam keadaan gurauan. 
    cth ( dialog ) : 
 bapa saudara: wah! sedap nyer masakan emak kamu minah. Emak kamu memang hebat lah dalam bab2     memasak ni.


minah : oh, ye ka? hehe... betul2...=)


emak : ye la tuh... setakat masak ayam gulai ni je pun... ape klas la sangat kan... =)


*hal ini kerana, pujian dalam keluarga dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama ahli keluarga. =)


3) Pujian guru kepada murid-murid.
    *sama ada sekolah rendah mahupun sekolah menengah TAPI, mesti ingat, jaga ayat kamu ya.... Kalau sekolah menengah, mesti berhati-hati sikit.
    *sebab ada student yang 'terlebih' matang dalam kelas itu.... hehe =) 






Emmm..... setakat ni, tu je yang saya tau.... Kalau ada apa-apa nak tambah ke, nak komen ke, silalah ke ruangan komen ya.... Sama-sama berkongsi.... sharing is caring... =)

OK lah.... time for study right now actually... hehe...melelong sat.... 
Mintak Maaf pada sume pembaca dan pungunjung blog ini...

p/s : sumber drpd pegawai agama daerah Kubang Pasu melalui radio KEDAH FM.

WALLAHU'ALAM 

nukilan  yg  punya  hati  kecil,
bintang.....

Saturday, January 7, 2012

coretan HATI~

ALHAMDULILLAH

subahanallah.... hari ini aku masih bernyawa seperti manusia2 lain.
nafas aku masih lancar keluar dan masuk ke dalam hati jantung aku.

ALHAMDULILLAH




BISMILLAHIRAHMANIRAHIM




ya Allah, ampunkan dosa2 aku ya Allah.
Kuatkan semangat aku ya Allah.
Berilah aku sedikit harapan untuk menggapai CINTA-MU.

Tatkala hati kecilku berkata,
aku sedih ya Allah,
tidak pernah walau sekali,
hati kecilku mengatakan yang dia sihat,
dia selalu sakit ya Allah,
kasihanilah hati kecilku ini.

Di saat suara ibu dan ayah kedengaran,
hati kecilku berbisik lagi,
apa yang aku dh buat untuk mereka,
ape keadaan mereka sekarang,
namun, mata kasarku tak mampu melihat,
cuma telinga pinjaman Allah yang mampu,
mampu memberi jawapan,
mendengar suara2 mereka pun dah cukup buat aku.

Tapi....
di kala aku sedang solat,
aku terfikir akan-Mu ya Allah,
aku sering lalai dalam solat,
dan aku cube untuk bangkit semula,
bangkit drpd jatuh,
sebab,
aku tau,
Engkau tidak suka pada hamba-Mu,
yang suka berputus asa.

ya Allah,
sesungguhnya,
hanya pada-Mu aku memohon segalanya,
memohon segala yang baik,
meminta,
merayu,
mengadu,
kerana aku tau,
Engkaulah sebaik-baik sandaran,
Engkaulah sebaik-baik penolong.

TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH !


Betapa sukarnya untuk seseorang hamba untuk menggapai CINTA-MU.
Banyak dugaan dan ujian yang bakal ditempuh yang telah Allah janjikan.
Bukan senang wahai saudara2ku sekalian, bukan senang,
Amat payah, kerana CINTA ALLAH itu sangat indah berbanding CINTA MANUSIA.

UHIBBUKI FILLAH YA SAHABAT !




nukilan  yg  punya  hati  kecil,
bintang.....

Friday, January 6, 2012

Kahwin AWAL

ALHAMDULILLAH


Sekarang hampir detik 12 malam, 
mata pinjaman Allah masih belum tertutup.
 Dan jari-jemari masih ingin menaip di sini. 
Kurniaan Allah, masih sempurna. 


~ALHAMDULILLAH~




BISMILLAHIRAHMANIRAHIM
* fahami makna basmalah *

Kali ini cume nak berkongsi satu blog yang boleh kite ambil bnyk iktibar drpd situ.
 Nama blog tu ialah
Bile baca blog ni, rase mcm, ntah laa.... 
Tak boleh nk describe mcm mane perasaan mase tu.
 hee... 

Sangat2 digalakkan untuk kamu2 sume membacanyer...
 Tak rugi walau sedikit pun malah bertambah ilmunyer... 
Ape2 pun,
 nak mintak maaf lagi kepada sume2 pembaca.



*gambar hiasan semata-mata.......
(ya Allah, sempatkah ak bergelar seorang isteri.....)


Terima kasih sebab sudi datang melawat dan membaca isi kandungan blog ni ya. SYUKRON JIDDAN.


SELAMAT MEMBACA ! 
=)

nukilan  yg  punya  hati  kecil,
bintang.....



Thursday, January 5, 2012

antara JIN, SYAITAN dan IBLIS....

ALHAMDULILLAH

Sampai saat ini, detik ini, Allah Maha Pemurah, masih kurniakan pada aku nikmat islam, iman, jemaah.
Nikmat udara untuk aku bernafas dan bernyawa. 
Nikmat kesihatan fizikal untuk aku pergi ke dewan peperiksaan dgn lancar.

~ALHAMDULILLAH~

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM

Selepas mendapat sedikit ilmu drpd sahabat2 yg lain,
yg Allah pinjamkan pada hamba-Nya,
ak di sini nak berkongsi dgn kamu2 sume.....


JIN
Jin merupakan satu kaum atau golongan yang mana, 
mereka juga merupakan makhluk ciptaan Allah. 
Ada antara mereka yg baik dan ada juga yg krg baik.
 Kaum jin ni juga mempunyai rasul-rasul mereka sendiri.
Sama juga dengan kaum Manusia. 
Cuma asal-usul kejadian kita yang berbeza.


buktinya, ada dalam surah Al-An'am...... cepat-cepat, ambil al-Quran dan buka m/s 144 sekarang...
maknanya berbunyi begini : 

Pertama

"Wahai golongan jin dan manusia! Bukankah sudah datang kepadamu rasul-rasul dari kalanganmu sendiri, mereka menyampaikan ayat-ayat-Ku kepadamu dan memperingatkanmu tentang pertemuan pada hari ini?....."
(surah Al-An'am, ayat 130)

Kedua

"Dan sesungguhnya di antara kami(jin) ada yang soleh dan ada pula kebalikannya. Kami menempuh jalan yg berbeda-beda."
(surah Al-Jinn, ayat 11)

Ketiga

"Dan di antara kami(jin) ada yang Islam dan ada yang menyimpang dari kebenaran. Siapa yang Islam. maka mereka itu telah memilih jalan yang lurus."
(surah Al-Jinn, ayat 14)

Haaa.... percaya x? dah ada buktikan...

IBLIS
Iblis juga merupakan makhluk Allah yg sangat taat pada perintah Allah.
 Iblis adalah salah satu golongan jin itu sendiri. 
Iblis merupakan golongan yg plg taat pada Allah jika dibandingkan dengan para malaikat pada suatu ketika dahulu.
 Iblis dijadikan drpa api yg sangat panas.
 Tetapi sayang sekali,
 kerana satu perkara sahaja, 
iblis menjadi sebaliknya. 
Perkara itu adalah tatkala Allah memerintah semua makhluk untuk sujud pada nabi Adam,
 namun
iblis enggan kerana iblis takabbur
Iblis mengatakan bahawa,
 mereka lebih mulia drpd nabi Adam,
 mereka dijadikan drpd api yg sangat panas.
 Hanya kerana itu,
 iblis dikeluarkan dr syurga bersama-sama nabi Adam. 
Sujud yg dimaksudkan di sini merujuk kepada menghormati bukan sujud dalam solat. 


SYAITAN
Baiklah, sekarang dh sampai tajuk syaitan. 
Jangan rasa takut atau gerun ya, kita hanya perlu takut pada Allah, Yang Satu. ALLAHUAKBAR! Jom teruskan membaca.
 OK, Sebenarnya,
 syaitan ini hanyalah sekadar gelaran sahaja,
 bukanlah suatu makhluk lain ciptaan Allah.
 Gelaran syaitan ini membawa maksud mana-mana makhluk yg menghasut atau menggoda anak Adam untuk berbuat kejahatan dan kemungkaran kepada Allah. 
Take note di sini yer.... YANG MENGHASUT DAN MENGGODA.... 
Oleh sebab golongan iblis telah meminta kebenaran drpd Allah untk menghasut dan menggoda anak Adam, 
maka,
 golongan iblis telah mendapat gelaran tersebut.
 Jadi, senang kata, 
barang sesiapa sahaja yg menghasut dan menggoda anak Adam,
 tidak kiralah mereka dr golongan manusia sekalipun,
 mereka merupakan syaitan. 
Mungkin kasar bahasa ni, tapi itulah hakikatnya.

 Kalau nak sebut bodoh, nampak mcm kasarkan? 
Tapi, kita sebut krg pandai. 
Tak ke sama je maknanya? 
Macam2 perangai ada kat dunia ni.


Emm, jadi, adakah anda semua dah faham tentang tajuk ni? Kalau ada kemusykilan, boleh komen kat bawah ye... Atau rujuk pada yang lebih pakar... Ustaz, Ustazah, Ahli ulama'.... Tuan Guru Nik Aziz... =)

kalau musykil, tanya ya... nanti rugi... =P


Pesan nabi kita, 'sampaikan walau satu ayat'.....

Sampai sini saje untuk kali ini. Yang mana ada silap, mohon ditegur.
Mintak maaf kepada sume yang sudi membaca cerita ini.

Wallahu'alam.

nukilan  yg  punya  hati  kecil,
bintang.....


Monday, January 2, 2012

Cerita Iblis Laknatullah

ALHAMDULILLAH

Masih diberi nikmat iman,islam,jemaah dan nyawa hingga ke hari ini.
ALHAMDULILLAH 

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM..... 

Suatu hari, iblis pergi berjumpa dengan nabi musa. 
Pertemuan ini adalah semata-mata untuk iblis memohon ampun daripada Allah. 


Sepertimana yg telah kite sume maklum, bahawa iblis adalah golongan yg engkar pada perintah Allah, oleh itu, iblis ingin memohon ampun daripada Allah.


Berkatalah iblis kepada nabi musa. Iblis bertanya tentang bagaimana cara untuk aku bertaubat kepada nabi musa. 
Lalu nabi musa terus bertanya kepada Allah ( Iblis bertanya kepada nabi musa kerana iblis tau bahawa hanya nabi musa yg dikurniakan mukjizat boleh bercakap dengan Allah secara langsung). 
Bertanyalah nabi musa kepada Allah. 
Bagaimana cara yg perlu dilakukan oleh iblis untuk bertaubat ?
 Lalu Allah berfirman, "sujudlah pada kubur nabi adam".







Seterusnya, nabi musa menyampaikan pesanan itu terus kepada iblis.
 Lalu iblis membalas, "sedangkan di syurga, masa hidupnya pun aku tidak pernah sujud pada adam, inikan pula setelah adam mati".
 Begitulah jawapan yg diberikan oleh iblis kepada nabi musa. 


Sungguh angkuh iblis kepada Allah. 
Inilah yg dikatakan takabbur.
 Iblis berasa bahawa, dialah yg plg hebat berbanding nabi adam.
 Sampai sekarang, iblis tidak pernah sujud pada nabi adam.
 Begitu angkuh iblis pada Allah.


Oleh itu, hendaklah kita sebagai hamba Allah yg lemah dan hina ini, membuang sejauh mungkin rasa takabbur dalam diri. 
Jika ada, hendaklah bertaubat dengan segera.
 Allah itu Maha Pengampun. 
InsyaAllah, taubat kita diterima Allah. 
Bersangka baiklah dengan Allah kerana apa yg kita sangka, itulah yg Allah berikan. 



Mohon dijauhkan rasa takabbur itu ya Allah, ya Rahman, ya Rahim... 

semoga kami sentiasa dilindungi oleh Mu, ya Allah...

peliharalah hati kami ya Allah....

jangan Kau bolak-balikkan hati kami ya Allah...

kuatkan iman di hati kami ya Rabbi....

ALLAHUMMA AMIN....





nukilan  yg  punya  hati  kecil,
najihah nasim.....