snowball

Thursday, January 5, 2012

antara JIN, SYAITAN dan IBLIS....

ALHAMDULILLAH

Sampai saat ini, detik ini, Allah Maha Pemurah, masih kurniakan pada aku nikmat islam, iman, jemaah.
Nikmat udara untuk aku bernafas dan bernyawa. 
Nikmat kesihatan fizikal untuk aku pergi ke dewan peperiksaan dgn lancar.

~ALHAMDULILLAH~

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM

Selepas mendapat sedikit ilmu drpd sahabat2 yg lain,
yg Allah pinjamkan pada hamba-Nya,
ak di sini nak berkongsi dgn kamu2 sume.....


JIN
Jin merupakan satu kaum atau golongan yang mana, 
mereka juga merupakan makhluk ciptaan Allah. 
Ada antara mereka yg baik dan ada juga yg krg baik.
 Kaum jin ni juga mempunyai rasul-rasul mereka sendiri.
Sama juga dengan kaum Manusia. 
Cuma asal-usul kejadian kita yang berbeza.


buktinya, ada dalam surah Al-An'am...... cepat-cepat, ambil al-Quran dan buka m/s 144 sekarang...
maknanya berbunyi begini : 

Pertama

"Wahai golongan jin dan manusia! Bukankah sudah datang kepadamu rasul-rasul dari kalanganmu sendiri, mereka menyampaikan ayat-ayat-Ku kepadamu dan memperingatkanmu tentang pertemuan pada hari ini?....."
(surah Al-An'am, ayat 130)

Kedua

"Dan sesungguhnya di antara kami(jin) ada yang soleh dan ada pula kebalikannya. Kami menempuh jalan yg berbeda-beda."
(surah Al-Jinn, ayat 11)

Ketiga

"Dan di antara kami(jin) ada yang Islam dan ada yang menyimpang dari kebenaran. Siapa yang Islam. maka mereka itu telah memilih jalan yang lurus."
(surah Al-Jinn, ayat 14)

Haaa.... percaya x? dah ada buktikan...

IBLIS
Iblis juga merupakan makhluk Allah yg sangat taat pada perintah Allah.
 Iblis adalah salah satu golongan jin itu sendiri. 
Iblis merupakan golongan yg plg taat pada Allah jika dibandingkan dengan para malaikat pada suatu ketika dahulu.
 Iblis dijadikan drpa api yg sangat panas.
 Tetapi sayang sekali,
 kerana satu perkara sahaja, 
iblis menjadi sebaliknya. 
Perkara itu adalah tatkala Allah memerintah semua makhluk untuk sujud pada nabi Adam,
 namun
iblis enggan kerana iblis takabbur
Iblis mengatakan bahawa,
 mereka lebih mulia drpd nabi Adam,
 mereka dijadikan drpd api yg sangat panas.
 Hanya kerana itu,
 iblis dikeluarkan dr syurga bersama-sama nabi Adam. 
Sujud yg dimaksudkan di sini merujuk kepada menghormati bukan sujud dalam solat. 


SYAITAN
Baiklah, sekarang dh sampai tajuk syaitan. 
Jangan rasa takut atau gerun ya, kita hanya perlu takut pada Allah, Yang Satu. ALLAHUAKBAR! Jom teruskan membaca.
 OK, Sebenarnya,
 syaitan ini hanyalah sekadar gelaran sahaja,
 bukanlah suatu makhluk lain ciptaan Allah.
 Gelaran syaitan ini membawa maksud mana-mana makhluk yg menghasut atau menggoda anak Adam untuk berbuat kejahatan dan kemungkaran kepada Allah. 
Take note di sini yer.... YANG MENGHASUT DAN MENGGODA.... 
Oleh sebab golongan iblis telah meminta kebenaran drpd Allah untk menghasut dan menggoda anak Adam, 
maka,
 golongan iblis telah mendapat gelaran tersebut.
 Jadi, senang kata, 
barang sesiapa sahaja yg menghasut dan menggoda anak Adam,
 tidak kiralah mereka dr golongan manusia sekalipun,
 mereka merupakan syaitan. 
Mungkin kasar bahasa ni, tapi itulah hakikatnya.

 Kalau nak sebut bodoh, nampak mcm kasarkan? 
Tapi, kita sebut krg pandai. 
Tak ke sama je maknanya? 
Macam2 perangai ada kat dunia ni.


Emm, jadi, adakah anda semua dah faham tentang tajuk ni? Kalau ada kemusykilan, boleh komen kat bawah ye... Atau rujuk pada yang lebih pakar... Ustaz, Ustazah, Ahli ulama'.... Tuan Guru Nik Aziz... =)

kalau musykil, tanya ya... nanti rugi... =P


Pesan nabi kita, 'sampaikan walau satu ayat'.....

Sampai sini saje untuk kali ini. Yang mana ada silap, mohon ditegur.
Mintak maaf kepada sume yang sudi membaca cerita ini.

Wallahu'alam.

nukilan  yg  punya  hati  kecil,
bintang.....


2 comments:

  1. Terbaik dari bintang turun ke alam maya...

    *bintang yang kecil tapi berhati besar!

    ReplyDelete
  2. syukron sahabat. selalulah doakan sahabat2 untuk terus sabar dalam ujian Allah....

    susah untuk dapat redha Allah, tapi ia tidak mustahil! =)

    ReplyDelete